Saturday, October 4, 2014

Little note from me


Kadang-kadang Allah turunkan hujan supaya kita dapat lihat betapa indahnya pelangi. Kadang-kadang Allah turunkan ujian untuk melawan nafsu amarah untuk mempertahankan benteng kesabaran kerana ia merupakan sebuah jihad.

Kadang-kadang kita sedih kerana kegagalan atau kehilangan seseorang yang amat kita kasihi. Tetapi disebalik ketentuan itu pasti ada sebuah hikmah yang sudah sekian lama tercipta dengan rahmatnya.

Kadang-kadang kita rasa jauh dengan orang sekeliling kerana dengan cara itu mungkin akan membuatkan kita lebih dekat dengan-Nya.

Kita merupakan, Insan, khalifah, hamba-Nya yang lemah. Kita mungkin hanya mampu merancang, Tapi dialah Maha Berkuasa dalam menentukan. Kita hanya berupaya untuk berusaha dan berdoa, Seterusnya, bertawakallah kepada-Nya.

Insya Allah. Usaha tanpa doa menunujukkan kita sombong dengan-Nya. Maka, jangan jadi sombong. :))

# Semoga berjaya untuk SPM. Biar sekali, semangat kena kuat, usaha dengan gigih, usulkan usaha dengan doa dan tawakal. Doakan Ana, okay. Amin. Insya Allah. Basta manana :))