Assalammualaikum Warahmatullah. Nampaknya, umur Ana masih panjang untuk menaip entry baru ya. Alhamdulillah. Entry kali ni Ana tulis dalam bas, Ekspress Mutiara, otw to my hometown - Kota Bahru, Kelantan (05062014). Cuti ni Ana sakan makan angin. Elak masuk angin je *lawakhambar*. Haha. Okay. Tak tahu nak cakap ape dah untuk pembukaan.
Ehemehem. Ana nak sambung menaip lha. Hehe. Bagi yang ada masalah sedemikian Ana nasihatkan, bawa banyak bersabar. Awak cuma kena ingat, semakin Allah sayangkan kita, semakin besar ujian yang dia beri. Ingat, bukan sebab Dia bencikan kita tapi kerana Allah sayang akan umatnya. Okay. Kalau kita ditimpa musibah (masalah), mesti kita akan fikir perbuatan dan perangai kita sebelum ni? Yupz. Secara tak langsung kita akan berfikir. Dan Ana yakin sangat masa ni awak akan berfikiran dengan waras. Perbuatan kita sendiri, mesti kita tahu baik dan buruknya. Tapi dekat sini Ana cuma nak pesan satu benda je, kalau awak nak luahkan atau kongsikan masalah awak, pastikan awak rujuk dengan orang yang betul. Bukan seseorang yang cuba melagakan kita. Nanti tak pasalpasal masalah kita ibarat mencurah minyak ke dalam api *hentamsaja* .
Bukan nak cakap ni hukum karma tapi ini kifarah iaitu Hukum Allah. Allah bagi kita hukuman sebab nak ingatkan kita je. Tade sebab lain pun. Allah nak jadikan kita lebih baik. Siapa tak nak jadi baik, kan? Ingat tak kalau kita sakit contohnya macam demam, kalau kita sabar dan redha terima penyakit tu, apa ganjaran yang kita terima? Hhaaa. Betul tu. Allah nak ampunkan dosadosa kecil kita.
Pak cik dan mak cik semua, bukan bermakna sekiranya kita difitnah kita kena mendiamkan diri. Kita kena berterus terang dengan menceritakan perkara sebenar. Ni Ana nak kongsi sikit apa baca dalam majalah Gen-Q keluaran bulan lepas. Cerita ni mengisahkan kisah yang berkaitan dengan Rasulullah. Pada suatu hari, Rasulullah duduk bersama seorang wanita di dalam masjid. Selepas selesai berbincang, baginda dan wanita tersebut beredar. Nak dijadikan cerita, ada seorang pemuda nampak kejadian tersebut. Lalu, pemuda tu mempercepatkan langkahnya untuk mengelakkan diri daripada bertembung dengan Rasulullah. Baginda dengan segera memanggil pemuda tersebut. Baginda pun memperkenalkan wanita tersebut kepada pemuda itu, "Ini Safiyya, isteriku." Tamat. Kalau silap, asif jiddan. Ana minta maaf sesangat.
Jadi, apa pendapat korang? Nampak tak pemuda itu dah salah sangka ataupun bersangka buruk. Okay. Main point dekat sini adalah salah sangka dan bersangka buruklah yang akan menyebabkan timbulnya fitnah. Tak pasalpasal fitnah timbul. Jadi, tak mau berburuk sangka. Tapi siapalah kita. Hanya keturunan Nabi Adam as yang lemah akan godaan jin laknatullah.
Jom, cuba muhasabah diri. Tanya kepada diri awak, 'Apa salah aku?', 'Aku pernah buat orang macam ni ke?', 'Aku tak patut buat macam tu. Aku sepatutnya bersabar.' Ingat, perbuatan baik dibalas baik dan begitu juga sebaliknya. Jadi, mesti sikit sifat tuutt. Cara untuk elak bersangka buruk? Senang je. Tanya dekat orang yang kita buruk sangka tu, betul ke dia buat sekiansekian sampai kita ada firasat yang tak baik. Kalau tade, kita patut minta maaf. Kita cerita perkara sebenar dekat dia. Tapi kalau dia bohong, wallhahualam. Nanti dia jumpa awak sendiri dekat padang mahsyar ye. Haha.
Macam mana nak hilangkan stress? Banyak cara yang korang boleh buat. Okay. Ana nak kongsikan 5 tips berdasarkan pengalaman Ana sendiri. Insya Allah. Lepas tu korang lega.
1. Jumpa terus dengan orang yang menyebabkan korang bermasalah.
Pertama sekali kena pastikan kalau nak jumpa tu mesti BERDUA sahaja. Selalunya masalah macam ni melibatkan sama jantina jadi tak payah risau. Then, slow talk dengan dia. Suruh dia jujur dengan awak apa yang dia tak puas hati sangat. Kalau betul salah kita, minta maaf dekat dia. Kalau salah dia, minta maaf jugak. Tak salahkan kalau mengalah? Mengalah bukan bermakna kalah, sayang. Ingat tu. Yang penting, jangan tinggikan suara. Ingat tujuan asal jumpa dia sebab nak menjernihkan suasana. Tapi kalau korang dapat orang yang memang . . Selalunya orang panggil, talam dua muka. Jadi lebih baik lupakan niat murni korang nihh. Buat apa jumpa kalau dia tak nak cerita, ye dok? Buang mase kawe je adalah.
2. Cari seorang good listener.
Pertama sekali, cari seseorang yang korang boleh percaya. Kalau boleh, sangatsangat dipercayai. Yang kedua, boleh bangi nasihat. Kalau setakat good listener tapi tak boleh bagi nasihat, macam mana ek? Kes macam ni susah sikit. Nanti orang yamg bermasalah tu buntu nak buat apa. Apa yang bagusnya orang yang menasihat ni (nasihat benda baik), dia dapat elakkan awak buat benda jahat seperti ada sifat dendam. Awak, tak perlu berdendam. Dunia ni kecik je. Tak perlu balas. Ingat Hukum Allah yang Ana cakap tadi? Tak guna pun buat semua tu. Sifat sabar adalah sifat yang terpuji baginda.
3. Buat diary.
Ana tahu, mesti awak cakap lecehlah, takut orang bacalah, kan? Jadi, ambil kertas kajang aka test pad, korang tulis semua masalah korang. Luahkan semuanya jangan sampai ada yang tersisa. Sakit hati ke, rasa nak belasah orang ke, rasa nak balas dendam ke. Tak guna simpan segala penyakit hati tu awak. Kalau simpan pastu dapat ganjaran 1 juta ke, Ana pun nak simpan jugak. Siapa tak nak jadi jutawan, kan? Haha. *mataduitan* Lepas dah luahkan, apa nak buat? Korang boleh pilih sama ada nak flush dekat jamban ke, koyakkan kecikecik pastu buang dekat longkang yang airnya mengalir ke, tak pun amek lighter, kita bakar je. *jangan,nantijerebu*
4. Dekatkan diri dengan Allah.
Apa yang korang boleh buat? Pertama sekali, mengaji. Insya Allah korang rasa tenang. Then, korang doa supaya dikuatkan iman, minta ampun dan mohon pertolongan-Nya supaya bantu awak selesaikan masalah yang dihadapi. Awak pun boleh baca bahan bacaan islamik contohnya macam Gen-Q, Solusi, tak pun searchsearch dekat internet. Rasanya lagi berlambak. Pak Cik Google mesti takkan menghampakan awak.
5. Cara yang terakhir adalah stay happy.
Korang senyap je. Buat macam biasa ie. Like nothing happen. Bila dia dah penat, dia senyap. Just move on.
Okay. Rasanya setakat ni je yang Ana nak kongsikan. Harap bermanfaat buat anda. Lain hari, kita story mory lagi. Insya Allah. Basta manana. :))