Friday, February 21, 2014

Storystorystory


Assalammualaikum dan Salam Transformasi. Ni hoa ma ? Harap sihat selalu. Pada pertemuan kali ini, Ana nak kongsi sedikit pengalaman Ana sepanjang tiga minggu berada di asrama. Bunyi macam budak Tingkatan 1 yang baru pertama kali menetap di asrama pule. Hehe.

Ana mengaku, banyak baik dan buruk duduk di asrama. Sejujurnya, kehidupan asrama memang mencabar. Dari segi suasana, diri sendiri, rakan malah masa pun kita kena uruskan sendiri. Manual! No auto. Peraturan yang kena patuhi, macam waktu tidur, gosok baju, basuh baju, masa untuk solat, makan. Cikgu Zaleha ada cakap, duduk asrama ni lebih bagus dari duduk kat rumah. Kat rumah dia tak boleh belajar tapi kat asrama kita tentu akan belajar. Dekat asrama ni, kita belajar untuk uruskan masa. Bila dah masuk matriks ke, u ke, kita dah pandai uruskan masa. Betul tak apa yang cikgu Ana cakap?

Okay. Minggu pertama lepas naik cuti Gong Xi Fa Chai, sibuk habiskan masa dengan siapkan kerja rumah yang menggunung macam Gunung Everest. Minggu kedua dan ketiga, sibuk dengan aktiviti sekolah yang sampai ke petang. Penat memang penat. Tapi yang untungnya budak asrama ni, rumah kedua kami dekat belakang sekolah je. Yang kesian, budak yang duduk luarlah sebab balik lambat. Ni pun salah satu kelebihan budak asrama. Jadi, korang patut bersyukur sebab terpilih dapat masuk asrama.

Budak jakun nak bercerita. Minggu lepas (Ahad, 16022014), Ana sertai Latihan Menembak Rifle M16 dekat Bukit Kangkar. Perjalanan dari sekolah nak ke sana, jauh jugak. Bukan sekolah Ana je. Ada sekolah Smk Canossian Convent, Sma Kerajaan Johor dan Smk Seri Perdana sekali. Ana pergi sana mewakili Persatuan Kadet Polis. Ana masih setia dengan PBSM. Ana dapat turut serta pun sebab dia open untuk budak yang join kawad kaki tahun lepas. Alhamdulillah. Rezeki dan peluang hanya datang sekali. Nak tunggu tahun depan ? Mimpi di siang hari.

Kami kena buat barisan. Ana detil yang ke 19 dari 21 detil. Ni kira barisan yang akhirakhirlah. Hee ~ Buat pertama kali dalam hidup Ana, Ana pegang peluru hidup. I shoot those bullets with my own hand. Setiap seorang dibekal 15 butir peluru. Masa mula-mula nak menembak, rasa takut, berdebar. Hanya Allah je yang tahu. Sebenarnya, ni pertandingan tapi Ana tak menang pun. Nak kata tak buat latihan, adalah sekali kami berlatih dekat Smk Seri Intan. Menang ke tak menang ke, bagi Ana yang penting adalah pengalaman. Kalau ada peluang lagi, Insya Allah Ana buat yang terbaik.

Yang penting, ahli trak yang Ana naik semua sporting, friendly and the most important is, funny. Banyak benda lawak yang berlaku tapi tak kurang juga benda sedih dah menyakitkan hati.

Dekat sini, Ana cuma nak pesan satu benda. Terima kasih kepada sesiapa yang cuba putuskan persahabatan Ana dengan my only bestie till jannah, Azni. Terima kasih kerana renggangkan tali persahabatan kami, terima kasih kerana buat kami bermasam muka dan terima kasih sebab cubaan anda tidak berjaya. Lain kali, tiada maaf bagimu. Tenenene. Ana kenal sangat bestie Ana macam mana. Dia takkan bersikap macam tu tanpa sifu. Maaf. Sifu yang macam tu, awak tak patut ikut Azni.

One day, Allah will repay all your bad bad bad attitude. Mungkin bukan sekali gus, mungkin bukan dekat dunia, mungkin dunia akhirat awak dapat. Ni bukan karma. Ni merupakan Hukum Allah yang Maha Esa. Remember, don't speak louder than action. Sentap ?! Maaf. Ana tade mention nama sesiapa pun dekat sini. Jumpa di lagi nanti. Sayonara ya asdiqa'. Wassalam.