Friday, February 27, 2015

Long timeee


Assalammualaikum visiters >_< Nampaknya, dah lama sangat dah ni tak update. Sory kepada sesiapa yang selalu lawat blog Ana ni tapi tade pape yang baru. Bukan tade masa cuma, mungkin agak malas nak buat new post. Hewhew. Lagipun, pejam celik pejam celik, tak sangka dah nak masuk bulan Mac. That means, result dah nak keluar. Cemanalah agaknya Ana punya keputusan nanti? Jangan tanya Ana dapat berapa tau. Kalau nak tau jugak, kena belanja :P

Dalam tiga bulan ni, apa yang Ana buat? Tak banyak yang berfaedah pun sebab banyak holiday --' But, Alhamdulillah, 22 Feb hari tu, dah genap sebulan Ana kerja. Cehh, ayat. Kerja apa? Ana cuma seorang cashier dekat Guardian. Yupz, ni first experience sebab tak pernah kerja sebelum ni. Tapi memang best lha, no kidding. Hehehehe. And Praise to Allah, semua staff kat situ baik hati, funny, sporting, bertolak ansur and so on. Memandangkan semua staff kat situ perempuan, senanglah. :)

And Ana tak tau nak taip apa lagi, tapi serius banyak benda nak cerita tapi . . biarlah Ana simpan je, ye. Kalau ada masa lapang, In Sha Allah Ana share kat blog ni. Tak janji bila. Tgk pada waktu. Doakan yang terbaik untuk keputusan Ana. And doakan supaya Ana dapat petunjuk nak sambung course apa. Ana pun doakan yang terbaik untuk semua batch 97 supaya dapat keputusan yang baik. Aaminn. Wassalam.

Saturday, October 4, 2014

Little note from me


Kadang-kadang Allah turunkan hujan supaya kita dapat lihat betapa indahnya pelangi. Kadang-kadang Allah turunkan ujian untuk melawan nafsu amarah untuk mempertahankan benteng kesabaran kerana ia merupakan sebuah jihad.

Kadang-kadang kita sedih kerana kegagalan atau kehilangan seseorang yang amat kita kasihi. Tetapi disebalik ketentuan itu pasti ada sebuah hikmah yang sudah sekian lama tercipta dengan rahmatnya.

Kadang-kadang kita rasa jauh dengan orang sekeliling kerana dengan cara itu mungkin akan membuatkan kita lebih dekat dengan-Nya.

Kita merupakan, Insan, khalifah, hamba-Nya yang lemah. Kita mungkin hanya mampu merancang, Tapi dialah Maha Berkuasa dalam menentukan. Kita hanya berupaya untuk berusaha dan berdoa, Seterusnya, bertawakallah kepada-Nya.

Insya Allah. Usaha tanpa doa menunujukkan kita sombong dengan-Nya. Maka, jangan jadi sombong. :))

# Semoga berjaya untuk SPM. Biar sekali, semangat kena kuat, usaha dengan gigih, usulkan usaha dengan doa dan tawakal. Doakan Ana, okay. Amin. Insya Allah. Basta manana :))